Wednesday, June 8, 2011

Rare Yogurt Cheese Cake

Pernah buat no-bake cheesecake mangga dan strawberry. Ni jumpa pulak yang nampak yummy, tapi kurang cheesenya, nak cuba nanti... TQ to rosmarlina @ jintanmanis.


Rare Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm)

Untuk base ( dasar pada kek)
150 gm biskut mentega@ boleh diganti dengan biskut oreo
2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake
125 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang)
150ml whipping cream
125gm cream cheese philidelphia
90gm gula
1 sudu besar jus lemon

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin
10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel)
50ml air
- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api perlahan dan kecil. sejukkan sebentar.

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Blender biskut mentega hingga hancur, boleh guna blender kering tu.
2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang bulat 16cm.
4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.
5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.
6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia dihidangkan. selamat Mencuba

Nota: Topping untuk rare yogurt cheese cake ni boleh di tukar dengan ape jua topping buah-buahan kegemaran anda, seperti sos kiwi, sos mangga, atau sos strawberry.

CONDENSED MILK POUND CAKE


Sumber : MatGebu (Dapur Tanpa Sempadan)
BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna golden churn)
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.    Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
3.    Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
4.    Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
5.    Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

Tuesday, June 7, 2011

Blended Butter Cake

ini yg izzah buat

 
BLENDED BUTTER CAKE
sumber : izzah muffin lover
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
4 biji telur
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
1 sk coklat emalco * saya tambah

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.
Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.