Wednesday, June 8, 2011

CONDENSED MILK POUND CAKE


Sumber : MatGebu (Dapur Tanpa Sempadan)
BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna golden churn)
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.    Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
3.    Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
4.    Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
5.    Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

Tuesday, June 7, 2011

Blended Butter Cake

ini yg izzah buat

 
BLENDED BUTTER CAKE
sumber : izzah muffin lover
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
4 biji telur
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
1 sk coklat emalco * saya tambah

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.
Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.