Thursday, November 10, 2011

PANCAKE KENTANG

Ni resepi dari Cik Mat Gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kentang saiz sederhana kupas dan potong kecil
3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
3/4 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar baking powder
1/4 cawan gula halus
30 gram mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam
Madu secukupnya*
Buah2an segar secukupnya*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Kentang direbus hingga lembut, lecek halus dan masukkan ke dalam bekas. Satukan tepung, gula, telur dan garam, kacau rata dengan whisk dan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
2.    Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dengan sedikit minyak, mat cuma lenser pan tadi dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak masak. Tuang adunan no 1 kurang lebih 1/3 cawan, dan masak dengan api kecil hingga permukaannya berbuih dan kelihatan sedikit kering. Mat tutup sekejap dengan tudung periuk kecil.
3.    Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasa. Angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan tadi hingga habis. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu. Selamat mencuba untuk semua!!!



Yang ni pulak, dari Madihaa

Penkek Kentang
Resepi : Majalah Rasa (Chef Mohd Suhaimi Suratman)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2
3 biji ubi kentang (besar/sederhana)
60 ml susu cair/susu segar
¼  sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar tepong gandum

Bahan tambahan
1 biji telur
(hehe.. sori tertinggal tadi.. TQ Zaliedana!)
Marjerin untuk menggoreng
Mayonis

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas, dibersihkan & belah dua lalu direbus hingga empuk. Angkat, tos & biar suam2 sikit sebelum diparut kasar. (guna pemarut utk buat kerabu mangga tu.. bukan pemarut kelapa ye!)
2. Didihkan susu cair, garam & marjerin/butter dengan api perlahan. Bila marjerin cair.. masukkan kentang parut. Gaul sebati & biarkan adunan masak sempurna. Padamkan api kemudian taburkan dengan tepong gandum & kacau lagi hingga sebati.
3. Bila adunan dah suam2 tu.. bolehlah bentukkan adunan kentang tadi menggunakan acuan berbentuk bulat seperti penkek. (guna acuan benjo pun boleh... MaDiHaA bentukkan guna penutup peanut butter jer...). Atur kentang yg siap dibentuk di atas dulang beralas plastik supaya mudah nak diambil nanti. Buat sehingga habis.





11.11.11

Saja nak simpan nombor yg cantik ni...

Thursday, August 18, 2011

DANISH BUTTER COOKIES


 Selalu beli kat kedai je, nak cuba buat nanti....

DANISH BUTTER COOKIES
resepi: Kak Fida@myresipi.com
Sumber : HaSue & K.Nor

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )
125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
*Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.


Thursday, July 7, 2011

BISKUT GERMAN @ DEUTSCHE KEKSE

Dari Che Mat Gebu lagi...

 

P1250382
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Cik Mat dapat dari sini...Rima Of Singapore @  Bisous À Toi

Deutsche Kekse

Ingredients
125g butter - i used golden churn
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)



Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 mins

 
Satu lagi, ada coklat...
 
 
MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
Sumber :
Happy Home Baking
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
  • 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
  • 40 gm gula icing, diayak
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla 
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :
  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.

TELUR KUKUS SERI RAMPAI...


Tergoda pulak tengok hidangan Cik Mat Gebu ni....

TELUR KUKUS SERI RAMPAI...

P1290710
  
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 ulas bawang putih, dicincang (resipi asal tak letak)
1 biji tomato, buang biji dan dadu kecil
1 tangkai daun bawang, hiris halus
2 batang crab stick, hiris kecil
1 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser acuan pilihan dengan sedikit mentega. Satukan semua bahan2 di atas kecuali hirisan daun bawang untuk hiasan. Kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit.
  2. Keluarkan dari kukusan, biar suam dan hias dengan hirisan daun bawang, hidangkan bersama sos sebagai salah satu pelengkap hidangan anda..
Cik Mat dapatkan dari sini...

 TELUR KUKUS SRI RAMPAIresipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
1/2 cawan daging ayam yg dicincang

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min sbb ada tambahan isi ayam dlm tu
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

*yg berwarna merah yg K.Nor buat...

Dengan adunan yg K.Nor cuba hari ni menghasilkan 6 cup telur kukus ni.

Wednesday, July 6, 2011

Upside-Down Pizza

Upside down pizza?  Something new... biasa jugak buat pizza, tapi yg biasalah... ni kene cuba nanti.

Upside-Down Pizza
by tun_telani




Dough

2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


slice cheese je yg ada, sedap juga

blend kan semua adunan 'dough'
curahkan atas filling dan bakar.. senangkan =)

Kuih cara berlauk (1)

Kuih cara berlauk

princessharyati@myresipi.com
style bakar punya try la 
 

Bahan-bahan ( 10 keping )

Cara-cara
                utk kuih cara
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan santan
    • Garam / gula
    • Utk inti
    • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
    • 1/2 biji capsicum
    • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
    • 1 biji bawang besar di potong dadu
    • 2 sudu serbuk kari daging
    • Sedikit Daun bawang di potong halus
    • Sedikit daun sup di potong halus
    • Garam n ajinamoto
  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain